Terma Penggunaan

  1. Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas dan memberi maklumat yang benar.
  2. Platform ini bertujuan untuk ta’aruf menuju perkahwinan, bukan hubungan kasual atau aktiviti tidak bermoral.
  3. Dilarang menyamar, menipu status perkahwinan, meminta wang, melakukan gangguan, ugutan, kandungan seksual, spam atau menyalahgunakan data pengguna.
  4. Jangan membuat bayaran kepada calon. Laporkan permintaan wang atau pelaburan dengan segera.
  5. Admin boleh menyemak, menolak atau menggantung profil demi keselamatan komuniti.
  6. Platform bukan badan berkuasa agama dan tidak menjamin keserasian, identiti mutlak atau kejayaan perkahwinan.
  7. Urusan nikah dan kebenaran berkahwin hendaklah dibuat melalui pihak berkuasa agama negeri.